Cara-Cara Memastikan Pembinaan Tiang Adalah Tegak Lurus? Memastikan Verticality Struktur Yang Di Bina

Dalam kerja-kerja pembinaan ketepatan adalah salah satu elemen yang penting. Seorang jurutera dan pasukan tapak bina perlu memastikan apa yang terdapat dalam lukisan di taksirkan kepada binaan bangunan. Nampak sesuatu yang mudah tapi tidak sebenarnya.

Verticality struktur memasti kekemasan bangunan
Verticality struktur memasti kekemasan bangunan

Verticality struktur atau tegak lurus adalah sesuatu yang penting dalam kawalan kualiti binaan. Jika binaan tidak tegak ia akan memberi kesan pada ruang yang terbina kelak.

Kalau yang pernah membeli rumah pasti rasa sakit mata bila melihat dinding yang senget dan ada permukaan dinding yang kembong. Dan lagi sakit hati bila aliran air dalam tandas tidak mengalir ke lubang yang sepatutnya. Malah ada yang ponding di tengah tengah.

Kejituan dalam mengawal kedudukan vertical dan horizontal adalah amat penting sekali. Dalam kerja pembinaan terdapat beberapa cara untuk memastikan sesuatu struktur itu adalah tepat. Antaranya adalah:

  1. Teknik ‘Plumb Bob’
  2. Spirit level
  3. Theodolite

1. Teknik ‘Plumb Bob’

Teknik ‘Plumb Bob’ adalah salah satu teknik yang paling biasa digunakan dalam pembinaan. Biasa di tapak bina memang ada batu ni. Kalau tiada sila beli. Biasa sub con pun ada benda ni.

Teknik 'Plumb Bob'
Teknik ‘Plumb Bob’

Continue reading “Cara-Cara Memastikan Pembinaan Tiang Adalah Tegak Lurus? Memastikan Verticality Struktur Yang Di Bina”