Malaysia Kekurangan Jurutera

Semalam ada terbaca satu tajuk berita ‘Malaysia Kekurangan Jurutera dan Saintis di BH Online. Sedikit petikan dari laporan ini menyatakan seperti berikut:

Malaysia memerlukan 500,000 saintis dan jurutera menjelang tahun 2020 bagi memastikan negara berada di landasan tepat ke arah Revolusi Perindustrian 4.0. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan.

500,000 orang suatu angka yang besar sebenarnya. Bukan sikit. Adakah Malaysia tidak melahirkan cukup Jurutera dan Saintis?

Malaysia Kekurangan Jurutera
Malaysia Kekurangan Jurutera

Aku tak reti nak komen bab angka. Sebab kalau kira pun di Malaysia saja ada lebih 10 universiti IPTA yang tawarkan course Sains dan Kejuruteraan. Belum lagi di kira IPTS. Saban tahun kalau diperhatikan ramai yang graduan dari bidang kejuruteraan dan sains di Malaysia. Tapi ke mana kah mereka pergi?

Continue reading “Malaysia Kekurangan Jurutera”

Cara-Cara Memastikan Pembinaan Tiang Adalah Tegak Lurus? Memastikan Verticality Struktur Yang Di Bina

Dalam kerja-kerja pembinaan ketepatan adalah salah satu elemen yang penting. Seorang jurutera dan pasukan tapak bina perlu memastikan apa yang terdapat dalam lukisan di taksirkan kepada binaan bangunan. Nampak sesuatu yang mudah tapi tidak sebenarnya.

Verticality struktur memasti kekemasan bangunan
Verticality struktur memasti kekemasan bangunan

Verticality struktur atau tegak lurus adalah sesuatu yang penting dalam kawalan kualiti binaan. Jika binaan tidak tegak ia akan memberi kesan pada ruang yang terbina kelak.

Kalau yang pernah membeli rumah pasti rasa sakit mata bila melihat dinding yang senget dan ada permukaan dinding yang kembong. Dan lagi sakit hati bila aliran air dalam tandas tidak mengalir ke lubang yang sepatutnya. Malah ada yang ponding di tengah tengah.

Kejituan dalam mengawal kedudukan vertical dan horizontal adalah amat penting sekali. Dalam kerja pembinaan terdapat beberapa cara untuk memastikan sesuatu struktur itu adalah tepat. Antaranya adalah:

  1. Teknik ‘Plumb Bob’
  2. Spirit level
  3. Theodolite

1. Teknik ‘Plumb Bob’

Teknik ‘Plumb Bob’ adalah salah satu teknik yang paling biasa digunakan dalam pembinaan. Biasa di tapak bina memang ada batu ni. Kalau tiada sila beli. Biasa sub con pun ada benda ni.

Teknik 'Plumb Bob'
Teknik ‘Plumb Bob’

Continue reading “Cara-Cara Memastikan Pembinaan Tiang Adalah Tegak Lurus? Memastikan Verticality Struktur Yang Di Bina”

3 Perkara Terpenting Dalam Pengurusan Projek

Pengurusan Projek atau Project Management adalah salah satu elemen dalam kejuruteraan, tak kiralah civil ke, mekanikal ke, elektrikal ke atau kimia. Semuanya akan terlibat dalam pengurusan projek.

Kemantapan ilmu seorang jurutera dalam pengurusan projek adalah amat penting sekali, bagi memastikan projek yang dalam seliaan adalah berjaya.

Jaga projek nampak saja senang ya, kalau orang luar tengok macam bawa drawing pergi arah bangla dan indonesia di tapak. Hal sebenar bukan begitu.

Pengurusan projek
Pengurusan projek

Jurutera yang menjaga projek, Jurutera Projek @ Jurutera Tapak perlu memasti semua kerja adalah mengikut jadual, speksifikasi dan rekabentuk yang dirancang. Jurutera perlu memastikan projek yang dijalankan capai piawaian yang ditetapkan. Setiap masalah ditapak jurutera perlu selesaikan.

Contoh masalah adalah ruang yang sempit untuk mengangkat barang, bucket konkrit tidak dapt sampi ke kawasan yang dikehendaki dan lain lain.

3 Perkara Dalam Pengurusan Projek

Ini adalah 3 perkara yang perlu ditekankan oleh Jurutera dalam pengurusan projek.

3 Perkara dalam Pengurusan Projek
3 Perkara dalam Pengurusan Projek

Masa

Dalam sesuatu projek masa adalah duit. Masa amat berharga. Sebab itu seorang planner perlu merangka jadual kerja (CPM) sebaiknya sebelum diserah kepada client. Jadual ini yang akan client dan kita gunakan.

Continue reading “3 Perkara Terpenting Dalam Pengurusan Projek”

Punca Kegagalan Dalam Kerja Penggalian

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kegagalan dalam kerja penggalian. Faktor-faktor tersebut akan dibincangkan secara ringkas.

Kegagalan Dalam Kerja Penggalian
Kegagalan Dalam Kerja Penggalian

Punca kegagalan dalam penggalian Tanah Dalam

Punca kegagalan dalam penggalian mendalam dibahagikan kepada dua subtopik yang termasuk:

  • Punca kegagalan dalam penggalian terbuka dalam
  • Punca-punca kegagalan dalam penggalian mendalam

Continue reading “Punca Kegagalan Dalam Kerja Penggalian”

Graduan Kejuruteraan Awam, Ini Senarai Pekerjaan Yang Boleh Di Mohon

Mat dulu zaman belajar memang tak fikir lain, fikir nak graduate on time dan dapat kerja. Dalam kepala Mat dua je ada masa tu selain dari kerja dengan kerajaan adalah kerja sama ada kontraktor dan konsultan.

Graduan Kejuruteraan Awam Ini Pilihan Pekerjaan untuk anda
Graduan Kejuruteraan Awam Ini Pilihan Pekerjaan untuk anda

Mat adalah jenis manusia yang suka memberontak dan suka bebas tak suka terikat. Jadi Mat lebih pilih untuk jadi jurutera tapak dengan kontraktor. Lebih bebas dari segi masa dan pakaian.

Antara Kerja Yang Boleh Dimohon oleh Graduan Kejuruteraan Awam

1. Design Engineer

Pada zaman fresh graduate ini adalah pekerjaan yang paling Mat tak suka, tapi ini adalah pekerjaan pertama Mat.

Buat adik adik yang akan graduate atau fresh graduate, ini adalah pekerjaan yang terbaik. Bila masuk dalam konsultan kita akan refresh semula semua apa yang kita belajar dulu. Dan dari sini juga kita akan dapat gambaran lebih jelas apa yang kita belajar dulu. Lagi pun masa fresh ni otak masih ingat semua formula yang ada, refer sikit dah boleh recall.

Continue reading “Graduan Kejuruteraan Awam, Ini Senarai Pekerjaan Yang Boleh Di Mohon”