Apa Itu Hand-Dug Caisson? Dan dalam situasi manakah ia sesuai digunakan

Hand-Dug Caisson adalah sesuatu yang baru bagi aku sendiri, tak pernah aku tengok dan ambil tahu pasal kaedah ini sebelum ini. Sekarang diberikan peluang untuk meilhat dengan dekat. Alhamdulillah.

Rupa kedaan dalam Hand-Dug Caisson
Rupa kedaan dalam Hand-Dug Caisson

Hari ini aku nak kongsikan tentang Hand-Dug Caisson ini untuk pengetahuan bersama.

Apa Itu Hand-Dug Caisson?

Hand-Dug Caisson adalah salah satu teknik pembinaan dinding penahan cerun yang mana biasanya digunakan pada kawasan yang mempunyai ruang kerja yang terhad dan juga tidak dapat dimasuki oleh jentera kerana faktor-faktor yang tertentu. Antara faktornya adalah untuk mengelakkan ganguan pada struktur tanah pada bahagian cerun atau penambahan beban pada cerun.

Rupa ring mould
Rupa bentuk ring mould

Apa yang unik Hand-Dug Caisson adalah salah satu pembinaan column dengan menggunakan teknik penggalian tangan. Kedalaman column akan ditentukan oleh jurutera rekabentuk berdasarkan keadaan tapak dan juga hasil keputusan siasatan tapak (Soil Investigation).

Kaedah Hand-Dug Caisson

  1. Lokasi dikenalpasti dan level serta setting out dilakukan.
  2. Kerja penggalian ‘Pilot Hole’ dilakukan.
  3. Mould dimasukkan kedalam ‘Pilot Hole’ dan concrete lining di tuangkan.
  4. Selepas konkrit kering (mengikut arahan dari Jurutera), kerja pengorekkan gelang kedua dilakukan dan diulang langkah 3. Langkah ini diulang sehingga sampai kepada level yang telah ditetapkan oleh Jurutera.
  5. Selepas mencapai level yang dikehendaaki, mould dikeluarkan. Tetulang (rebar cage) akan dimasukkan kedalam lubang hand-dug dan penuangan konkrit mengikut gred yang telah direkabentuk oleh Jurutera.

Nampak seperti mudah tapi kerja ini agak rumit dan menarik sebenarnya. Yang menarik kaedah ini hanya menggunakan tangan tanpa melibatkan jentera berat untuk pengorekkan.

Kerja ini juga perlu pemantauan yang teliti oleh Pegawai Tapak kerana terdapat banyak risiko dalam kerja-kerja yang dijalankan. Yang paling ketara adalah keadaan paras udara dalam lubang kerja.

Hand-Dug Caisson ini adalah salah satu saja teknik dalam kejuruteraan. Bagi yang terlibat dalam proses pembinaan seperti ini pasti akan merasai satu pengalaman unik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge