Malaysia Kekurangan Jurutera

Semalam ada terbaca satu tajuk berita ‘Malaysia Kekurangan Jurutera dan Saintis di BH Online. Sedikit petikan dari laporan ini menyatakan seperti berikut:

Malaysia memerlukan 500,000 saintis dan jurutera menjelang tahun 2020 bagi memastikan negara berada di landasan tepat ke arah Revolusi Perindustrian 4.0. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan.

500,000 orang suatu angka yang besar sebenarnya. Bukan sikit. Adakah Malaysia tidak melahirkan cukup Jurutera dan Saintis?

Malaysia Kekurangan Jurutera
Malaysia Kekurangan Jurutera

Aku tak reti nak komen bab angka. Sebab kalau kira pun di Malaysia saja ada lebih 10 universiti IPTA yang tawarkan course Sains dan Kejuruteraan. Belum lagi di kira IPTS. Saban tahun kalau diperhatikan ramai yang graduan dari bidang kejuruteraan dan sains di Malaysia. Tapi ke mana kah mereka pergi?

Malaysia Kekurangan Jurutera

Aku tak nak tulis mengenai saintis sebab itu bukan bidang aku. Aku mahu tulis mengenai Jurutera sahaja. Sebab ini bidang aku dan ini yang aku lalui. Apa yang aku tulis ini adalah dari sudut pandangan aku sahaja, tiada kena mengena dengan orang lain.

Dalam batch aku, ramai yang graduan bersama dalam bidang kejuruteraan awam ada tahun 2007, aku kira dalam 60 orang. Tapi ramai yang telah lari ke bidang yang lain, ada yang beralih arah menjadi guru, pegawai tadbir diplomatik, ahli perniagaan dan lain-lain.

Ada juga yang beralih kepada bidang pendidikan sebagai pensyarah tapi aku tidak ambil kira kerana mereka masih kekal dalam bidang teknikal. Baik pensyarah Universiti mahupun kolej.

Siapa yang mampu bertahan bekerja sebagai jurutera, aku sendiri bermula sebagai jurutera rekabentuk di sebuah pejabat perunding. Dan seterusnya berpindah kepada syarikat kontraktor dengan kenaikan sebanyak Rm300 dari gaji asal.

Sebenarnya gaji jurutera fresh graduate adalah agak kecil berbanding dengan graduan dalam bidang professional lain. Mungkin ada yang menyatakan kerja jurutera ini sebagai ‘mandur’ sahaja. Hanya monitor kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja. Tapi sebenarnya tugasan dan tanggungjawabnya adalah lebih dari itu iaitu memastikan kerja-kerja yang dilakukan mengikuti speksifikasi dan kualiti yang telah ditetapkan.

Dalam pembinaan itu, jurutera perlu bertanggungjawab dalam kerja yang dipantau. Bahasa mudahnya selagi kau yang tandatangan setiap aktiviti tapak kau akan bertanggungjawab. Surat tawaran pun sudah ada nyatakan, bukan? Belum lagi cerita dalam carta organisasi. So, fikirkan?

Dalam apa pun bidang pekerjaan kita akan ada tanggungjawab kita yang tersendiri, tukang cuci pun dia ada tanggungjawab dia. Apatah lagi Jurutera. Ada juga yang cakap yang jurutera tidak besar sebab tak main dengan nyawa, siapa cakap camtu? Meh abang nak cakap… Bangunan yang dibina jika ada masalah yang bertanggungjawab adalah jurutera. Penghuni bangunan mestilah manusia, so itu adalah nyawa.

Apapun, aku juga mengharapkan akan ada satu garis panduan yang menyatakan gaji minimum untuk jurutera. Kalau tengok bidang lain gaji dia agak selaras, tapi jurutera tengok tempat kawasan dan kompeni yang kita bekerja.

Tapi rezeki masing-masing juga, belajar kejuruteraan tak semestinya jadi jurutera. Dan pandangan kau, kalau jurutera lebih dihargai lebih ramai yang sanggup jadi jurutera.

Alhamdulillah, dengan struggle sebab sayangkan bidang ini aku masih kekal dalam bidang kejuruteraan walaupun sebagai jurutera penyelenggaraan bangunan. Kehidupan mesti terus dan cekal dengan matlamat yang jelas.

PS: Hari jurutera ada ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge