Sinki tersumbat rasanya hampir semua orang pernah menghadapi masalah ini. Ke ada yang tak pernah menghadapi masalah sinki tersumbat? Kalau ada boleh komen dan bagitahu bagaimana anda buat?

Sebenarnya masalah sinki tersumbat boleh dikatakan biasa, bukan biasa sebab rekabentuk paip air buang dibuat untuk tersumbat tapi adalah sebab sikap kita yang ambil sambil lewa. Kita sering memandang enteng perihal ini, baik sinki atau floor trap, semua dibuang ke dalam salur paip air buang.

Cuba ingat semula apa yang telah kita buang ke dalam sinki? Nasi semalam tak habis buang dalam sinki. Cebisan daging atau sisa ikan pun masuk sinki. Minyak masak tak habis pun masuk sinki. Pembuangan sisa yang tidak sepatutnya kedalam lubang sinki akan menyebab kan ia lebih cepat tersumbat.

5 Tip Untuk Cegah Sinki Tersumbat

Hari ini saya akan kongsi beberapa tip untuk cegah sinki tersumbat:

1. Pemasangan Paip Perangkap

Paip perangkap sinki ni ada beberapa jenis dan ada ‘pro and con’ dia. Terpulang pada kita nak pasang jenis macam mana, jangan kata semua orang pasang perangkap ini sebab ada yang tidak memasangnya.

Jenis Perangkap Sinki

Kalau tanya saya, saya lebih suka jenis paip perangkap Bottle Trap yang lebih mudah untuk diservis. Dan dah pasang tu rajin-rajin kan diri untuk servis sekurangnya 3 bulan sekali, paling malas enam bulan.

2. Pemasangan Penapis Sisa

Saya pasang benda ni dirumah saya untuk memudahkan kerja pembersihan sisa. Bagi sesetengah orang mungkin nampak geli sebab sisa makanan terperangkap di penapis tu perlu di bersihkan.

Sebaiknya pasanglah penapis sisa ni, harga pun tak sampai RM 5.00 pun ada. Boleh didapati di Mr DIY atau hardware berdekatan.

3. Pembersihan Paip Air Buang

Pembersihan sinki ni tak perlu kos yang tinggi pun, kalau orang tua saya dikampung sering buat hampir setiap malam sebelum tidur dia akan tuang air panas ke dalam saluran paip air buang sinki, untuk bersihkan kotoran.

contoh anti-clog chemical

Jika ada modal boleh dapatkan bahan kimia untuk flush paip air buang sinki di hardware. Tapi jangan buat selalu ya. 3 bulan sekali ok lah.

4. Pengurusan Bahan Buangan yang Betul

Kalau selama ini semua bahan buang ke dalam sinki, baik pepejal atau minyak. Boleh mula untuk mengubah nya.

Baik untuk minyak terpakai atau bahan pepejal, ambil plastik dan buang bahan buangan ke dalam plastik. Palstik tadi di ikat dan dibuang ke dalam tong sampah. Mudah bukan?

5. Pemasangan Perangkap Minyak

Perangkap minyak

Kalau ada modal lebih boleh beli perangkap minyak dan dipasang di rumah. Tapi perangkap minyak ni perlu dibersihkan selalu ya. Kalau dikedai selalunya dibersihkan sekali sehari, kalau untuk rumah boleh buat secara mingguan atau bulanan. Jangan tak bersihkan nanti dari perangkap minyak jadi sarang lipas.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge