Cara-Cara Memastikan Pembinaan Tiang Adalah Tegak Lurus? Memastikan Verticality Struktur Yang Di Bina

Dalam kerja-kerja pembinaan ketepatan adalah salah satu elemen yang penting. Seorang jurutera dan pasukan tapak bina perlu memastikan apa yang terdapat dalam lukisan di taksirkan kepada binaan bangunan. Nampak sesuatu yang mudah tapi tidak sebenarnya.

Verticality struktur memasti kekemasan bangunan
Verticality struktur memasti kekemasan bangunan

Verticality struktur atau tegak lurus adalah sesuatu yang penting dalam kawalan kualiti binaan. Jika binaan tidak tegak ia akan memberi kesan pada ruang yang terbina kelak.

Kalau yang pernah membeli rumah pasti rasa sakit mata bila melihat dinding yang senget dan ada permukaan dinding yang kembong. Dan lagi sakit hati bila aliran air dalam tandas tidak mengalir ke lubang yang sepatutnya. Malah ada yang ponding di tengah tengah.

Kejituan dalam mengawal kedudukan vertical dan horizontal adalah amat penting sekali. Dalam kerja pembinaan terdapat beberapa cara untuk memastikan sesuatu struktur itu adalah tepat. Antaranya adalah:

  1. Teknik ‘Plumb Bob’
  2. Spirit level
  3. Theodolite

1. Teknik ‘Plumb Bob’

Teknik ‘Plumb Bob’ adalah salah satu teknik yang paling biasa digunakan dalam pembinaan. Biasa di tapak bina memang ada batu ni. Kalau tiada sila beli. Biasa sub con pun ada benda ni.

Teknik 'Plumb Bob'
Teknik ‘Plumb Bob’

Kaedah ini digunakan untuk menyemak garis tegak sesuatu elemen bangunan. Batu plumbum digantung pada tali dan digantung secara offset dari formwork dan dilepas secara bebas, daya tarikan graviti akan menarik batu tegak ke bawah.

Cara pengunaan Plumb Bob untuk menentukan verticality struktur
Cara pengunaan Plumb Bob untuk menentukan verticality struktur

Kebiasaan pekerja binaan akan merendam tali dengan minyak bagi mengurangkan pengaruh angin.

2. Spirit Level

Spirit level adalah salah satu alat untuk menentukan kedudukan sesuatu kompenen binaan dalam keadaan vertical dan horizontal. Biasanya digunakan bagi kompenan yang kecil.

Spirit Level
Spirit Level

3. Theodolit

Untuk projek yang berskala besar biasanya theodolit akan digunakan bagi menentukan verticality struktur. Cuma kaedah ini mempunyai kos yang agak tinggi, kerana kepakaran diperlukan bagi mengendalikan theodolit dan alatan yang lebih mahal.

Dari segi ketepatan ianya adalah lebih jitu berbanding dua kaedah yang di atas ini.

Kesimpulan

Mana-mana kaedah boleh dipakai untuk menentukan vertical dan horizontal sesuatu struktur tapi apa yang penting seorang jurutera perlu memastikan ianya dibina mengikut lukisan dan speksifikasi yang tersedia serta capai kualiti yang diharapkan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge