Apa Itu Penyelenggaraan Bangunan? Kenapa Perlu Ada Building Maintenance Team Di Setiap Bangunan?

Ramai yang berbangga dengan binaan bangunan mereka mempunyai sistem yang hebat dan rekabentuk yang cantik. Kejayaan membina sesuatu bangunan yang hebat sering dihebah dalam media massa dan media elektronik.

Siapa tak tahu bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai. Di Taiwan juga ada terbina bangunan yang di atasnya ada taman tema.

Kenapa Penting Penyelenggaraan Bangunan?
Kenapa Penting Penyelenggaraan Bangunan?

Ok, untuk kes di Malaysia, siapa pernah ingat pada satu masa kita bangga dengan Stadium Shah Alam dengan rekabentuknya yang unik. Cuba tengok keadaan nya sekarang?

Tengok pula KLCC bangunan tertinggi di Malaysia. Tengok keadaan nya sekarang? Masih kekal utuh seperti dibina dahulu. Ini kerana perancangan senggaraan yang mantap.

Apa Itu Penyelenggaraan Bangunan? Dan Kenapa Ia Penting?

Penyelenggaraan Bangunan adalah gabungan pengurusan dan teknikal untuk mengekalkan sesuatu peralatan atau elemen dalam sesuatu binaan atau bangunan untuk kekal dalam keadaan dan fungsi yang boleh diterima mengikut standard dan selamat digunakan.

Antara objektif utama penyelenggaraan Bangunan adalah:

  • Memanjangkan jangka hayat sesuatu binaan bangunan, dengan mengekalkan fungsi
  • Mengembalikan/mengekalkan kepada keadaan seperti mana ia dibina
  • Meningkatkan fungsi bangunan tersebut seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan kejututeraan

Walau bagaimanapun, sebenarnya penyelenggaraan bangunan mesti dipertimbangkan pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat rekabentuk. Yang mana perkakasan atau peralatan untuk penyelengaraan harus disediakan awal lagi sebagai contoh gendola.

Hal ini sering terlepas pandang oleh ramai perekabentuk. Apa yang difikirkan hanyalah untuk peringkat pembinaan saja tanpa memikirkan untuk proses penyelenggaraan kelak. Ada juga bangunan yang mempunyai banyak elemen didalamnya dan menyebabkan kos penyelenggaraan juga meningkat.

Jadi untuk perekabentuk bangunan pastikan anda mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

  • Pemilihan material yang tepat. Pastikan bahan yang dipilih adalah mudah didapati. Contoh kalau material itu hanya dijual di Afrika janganlah gatal nak masukkan, nanti merana nak ganti kena tunggu order dari Afrika. Naya.
  • Kaedah/teknik pembinaan atau pemasangan yang bersesuaian dengan teknologi setempat.
  • Speksifikasi untuk pembinaan dan pemasangan yang bersesuaian
  • Pemantauan pembinaan yang ketat dan mengikut speksifikasi. Jika pembinaan tidak mengikut speksifikasi akan menyusahkan pasukan penyelenggaraan kelak.
  • Landskap yang bersesuai dan reasonable.

Dengan perancangan yang awal diharap dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan menjadikan bangunan itu berfungsi semaksima mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge