Perbezaan Antara Arkitek dan Jurutera? Memang ramai yang masih berdebat tentang ini.

Seorang jurutera adalah peranannya melibatkan merancang dan membina enjin, mesin, jalan raya, jambatan dan lain-lain sementara seorang arkitek merancang bangunan sahaja.

Perbezaan antara arkitek dan jurutera
Perbezaan antara arkitek dan jurutera

Seperti yang saya sentuh sebelum ini jurutera mempunyai beberapa pecahan iaitu kejuruteraan kimia, sivil, elektrik, pencahayaan, mekanikal, perisian, bunyi, industri, struktur, penerbangan dan sebagainya. Semua aliran kejuruteraan ini mempunyai pengkhususan masing masing.

Perkataan arkitek adalah berasal dari bahasa Latin dan bahasa Yunani yang secara asasnya bermaksud ‘ketua pembina’. Seorang arkitek harus memberi tumpuan terutamanya pada nilai estetika dan seni apabila mereka bentuk bangunan serta mempertimbangkan keselamatan dan praktikal bangunan. Seorang arkitek perlu mahir dalam undang-undang tempatan supaya perancangan atau rekabentuk adalah mengikut kehendak pegawai penguasa tempatan.

Manakala kerja jurutera pula mempunyai skop yang jauh lebih besar.Jurutera akan membantu arkitek dalam pelaksanaan praktikal reka bentuk serta merealisasikan lukisan arkitek mengikut jenis kegunaan bangunan dan faktor faktor keselamatanya.

Arkitek lebih kepada merekabentuk bangunan dengan penuh nilai seninya. Manakala, jurutera berperanan membangunkan rekabentuk tersebut.

Kedua-dua arkitek dan jurutera bekerja bersama untuk masyarakat di seluruh dunia dalam pembinaan bangunan cuma jurutera terlibat dengan pelbagai rekabentuk hal-hal lain.

3 thoughts on “Perbezaan Antara Arkitek dan Jurutera? Memang ramai yang masih berdebat tentang ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge