Graduan Kejuruteraan Awam, Ini Senarai Pekerjaan Yang Boleh Di Mohon

Mat dulu zaman belajar memang tak fikir lain, fikir nak graduate on time dan dapat kerja. Dalam kepala Mat dua je ada masa tu selain dari kerja dengan kerajaan adalah kerja sama ada kontraktor dan konsultan.

Graduan Kejuruteraan Awam Ini Pilihan Pekerjaan untuk anda
Graduan Kejuruteraan Awam Ini Pilihan Pekerjaan untuk anda

Mat adalah jenis manusia yang suka memberontak dan suka bebas tak suka terikat. Jadi Mat lebih pilih untuk jadi jurutera tapak dengan kontraktor. Lebih bebas dari segi masa dan pakaian.

Antara Kerja Yang Boleh Dimohon oleh Graduan Kejuruteraan Awam

1. Design Engineer

Pada zaman fresh graduate ini adalah pekerjaan yang paling Mat tak suka, tapi ini adalah pekerjaan pertama Mat.

Buat adik adik yang akan graduate atau fresh graduate, ini adalah pekerjaan yang terbaik. Bila masuk dalam konsultan kita akan refresh semula semua apa yang kita belajar dulu. Dan dari sini juga kita akan dapat gambaran lebih jelas apa yang kita belajar dulu. Lagi pun masa fresh ni otak masih ingat semua formula yang ada, refer sikit dah boleh recall.

Kerja Design Engineer ni masa akan lebih di dalam pejabat la senang cakap. Banyak masa dengan mengira dan merekabentuk. Rekabentuk jangan risaulah sebab software banyak akan membantu. Design engineer akan rekabentuk sesuatu mengikut kehendak client/arkitek dan piawaian yang ditetapkan.

Rekabentuk adalah part yang jangan kalian tinggalkan. Even tak bekerja sebagai design engineer, jangan tinggalkan terus design calculation. Nanti nak ambil professional engineer merana.

2. Jurutera Tapak

Jurutera tapak ni saya rangkumkan semua sekali tak kiralah sebagai Site Engineer ke, Resident Engineer ke ataupun Project Engineer.

Jurutera tapak
Jurutera tapak

Peranan jurutera tapak adalah untuk memastikan rekabentuk yang dibuat oleh Design Engineer terbina/terhasil mengikut speksifikasi, kualiti, masa dan kos. Nampak kerja jurutera tapak ni lebih pada kerja memantau saja tapi tanggungjawab besar tau. Sebagai saksi utama di tapak, kita akan bertanggungjawab jika berlaku kegagalan atau kemalangan.

3. Planner

Yang ni Mat tak tahu ada kerja sebegini dulu. Jika tahu ini adalah yang lebih Mat suka.

Planner ni tugasnya adalah untuk merancang jadual kerja di tapak dan memantau progress di tapak. Planner juga perlu menyediakan pelan backup jika sesuatu yang dirancang gagal atau lewat.

Selain itu planner juga perlu kenal pasti kerja yang kritikal yang akan memberi impak besar kepada sesuatu projek.

Planner perlu menguasai project management dan juga software untuk project management. Biasanya gunakan Microsoft Project.

4. Maintenance Engineer

Ini adalah kerja yang paling tidak glamour. Mat sendiri pun langsung tidak terfikir untuk terjebak dalam Maintenance Engineer. Langsung tak terfikir. Tugas Maintenance ni adalah amat penting. Kalau binaan atau ciptaan tidak di jaga mana mungkin sesuatu itu akan kekal dalam fungsi dan keadaan yang terbaik. Macam kita juga la sebagai manusia kan, nak kekal cantik atau macho kenalah jaga. Begitu jua bangunan. Kalau tiada maintenance memang hancur lah sesuatu bangunan. Tapi kerja Maintenance Engineer ni mamang tak glamour dan kotor. Kerja ni juga tak akan memerlukan kita untuk bertopi putih dan bawa selembar drawing saiz A1.

5. Pensyarah

Ini juga salah satu pekerjaan yang jadi pilihan ramai. Yup jadi pensyarah. Tak kiralah di kolej swasta atau universiti awam. Yang pastinya banyak pusat yang mahukan tenaga pengajar untuk melahirkan lebih ramai jurutera.

Jadi kalau anda minat mengajar dan berkongsi ilmu, penyarah adalah salah satu peluang pekerjaan untuk anda.

Kesimpulan

Apapun pekerjaan yang kalian ceburi kelak. Jangan malu jangan segan. Tempuhi dan hadapi sebaiknya.

Kerja seikhlas hati. Setiap pengalaman itu amat berharga. Percayalah. Mungkin pengalaman itu tak akan buat kita bangga hari ini tapi akan kita hargainya kelak.

Chill ya…

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge